Thursday, December 29, 2011

Hanya sesaat: Memaafkan Tapi Masih Terluka

Hanya sesaat: Memaafkan Tapi Masih Terluka: Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang. Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang...

Memaafkan Tapi Masih Terluka



Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya aku rasa semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi aku tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi aku sendiri, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, aku adalah seorang yang pemaaf. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! aku tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.

DOA BERTEMU JODOH UNTUK WANITA


Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Tuesday, December 27, 2011

Doa Seorang Ibu


Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah siapa yang akan menjadi kawanku kelak di syurga?” Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, orang pertama yang melewati engkau di jalan ini dialah kawanmu di syurga”.
Tidak lama selepas itu, seorang pemuda melintasi di depan Nabi Musa, maka beliau mengikutinya untuk mengetahui apa amalan pemuda tadi sehingga dia mendapat kedudukan mulia di syurga, berdampingan dengan para Nabi.
Beberapa langkah berlalu, kemudian si pemuda memasuki sebuah rumah, dia duduk bersimpuh di depan seorang wanita tua, lalu mengeluarkan sepotong daging dan memanggangnya, kemudian setelah cukup masak dia menyuapi wanita tua itu dengan perlahan dan penuh kasih sayang. Setelah selesai dia menuangkan air ke mulut wanita itu dan keluar.
Nabi Musa bertanya, “Demi Kebesaran Allah, siapakah wanita ini?”, si pemuda yang belum tahu siapa yang bertanya ini menjawab, “dia adalah ibuku”. Nabi Musa bertanya lagi, “Apakah dia tidak mendoakan kamu?”, “Ya, dia selalu mendoakan saya setiap hari dengan satu doa, tidak pernah diganti dengan doa lain”, jawab pemuda itu.
“Apa doa yang dipanjatkannya?”, Tanya Nabi Musa lebih lanjut. Dia menjawab, “Ibuku itu berdoa, Ya Allah jadikanlah anakku ini bersama Musa bin ‘Imran di syurga”.
Nabi Musa senang dengan doa ini dan terlihat kegembiraan menyelimuti wajah beliau, lalu berkata, “Wahai pemuda, bergembiralah, Allah telah mengabulkan doa ibumu, akulah Musa bin ‘Imran”.
Jika kita menyemak kisah ini, tentunya dapat dibuat sebuah kesimpulan, bahawa anak yang berbakti kepada orang tuanya terutama ibu, pasti akan mendapat balasan yang layak baginya, iaitu syurga. Begitulah kita mengetahui, bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Dan doa orang tua kepada anaknya pasti dikabulkan oleh Allah. Dalam atsar disebutkan:
“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.

Allah Ajarkan Tentang Menjaga Perasaan Ibu





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kita semua setiap saat dan setiap ketika. Jika dikumpulkan semua kasih sayang ibu di dunia ini dari zaman Nabi Adam sehingga kiamat nanti tidak akan dapat menyamai kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Bayangkan kasih seorang ibu, cubalah kita ukur kasihnya kepada anaknya, boleh diukur? Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu. Cuba bayangkan ukuran kasih dan sayang Allah pada hamba-Nya.
Saya tidak dapat menceritakan peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya faham kerana saya khuatir ia boleh menyinggung hati mereka yang terlibat di dalam peristiwa tersebut. Namun di dalam peristiwa ini saya diajarkan Allah bahawa seorang ibu itu pastinya tidak sempurna kerana seorang ibu adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan seperti kita juga. Saya perhatikan dan amati di dalam masyarakat kita banyak sifat ibu yang mungkin menyebabkan anak-anak tidak begitu gembira, contohnya suka berleter, lebih menyayangi anak yang lain (persepsi), suka menjerit (saya pernah mendengar seorang ibu yang asyik menjerit pada anak-anaknya dari mula saya datang kerumahnya sampai saya balik), suka membazir, suka menunjuk-nunjuk, suka mengumpat menantu, suka bersolek dan sebagainya.Apapun kelemahan ibu, kita tidak boleh sama sekali mengecilkan hatinya baik dengan apa cara sekalipun. Sebagai manusia biasa yang hatinya boleh terluka, saya yakin antara luka yang paling dalam adalah apabila dilukai oleh anaknya sendiri. Anak yang disusuinya, anak yang membuatkan dia tidak tidur malam berhari-hari, anak yang dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.Kita wajib menghormati ibu pada setiap waktu.


Ada seorang yang saya kenali yang suka bertanya kepada Allah di dalam urusan kehidupannya. Pada suatu hari dia mengatakan bahawa dia sangat bersyukur dibimbing Allah, diberi hidayah oleh Allah sehingga dia dapat mengenali Allah dan mendapat nikmat ketenangan hidup di bawah lembayung rahmat kasih sayang Allah. Satu hari ketika out-station di Perak, dia mengatakan bahawa dia mahu tahu kenapa Allah memilih dia dari kalangan keluarganya dan saudara-maranya untuk diberi hidayah, kerana kehidupan yang dilalui sama seperti mereka tetapi Allah memilihnya untuk diberi-Nya petunjuk. Maka dia pun bertanya kepada Allah. Alhamdulillah menurutnya, tidak sampai beberapa saat dia bertanya Allah memberikan jawapannya.Mahu tahu apa jawapannya? Allah terus mengingatkan kepadanya kisah ketika dia masih seorang pelajar.Ketika di universiti, dia bekerja sambil belajar dan hampir semua wang yang diperolehinya ketika belajar itu diberikannya kepada ibunya. Hebatnya ganjaran Allah kepada seseorang yang menjaga ibunya.Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari ganjaran hidayah dan petunjuk Allah.Namun balasan Allah juga pastinya hebat bagi seseorang yang menyakiti hati ibu.Ampuni kami Ya Allah.
Setelah diberi kefahaman ini, saya terbayangkan pengorbanan ibu saya yang membesarkan saya dan adik-adik sebagai ibu tunggal. Setiap petang apabila ibu saya pulang dari kerja, walaupun keletihan, ibu akan terus ke dapur untuk memasakkan kami makanan. Saya masih dapat melihat keletihan ibu ketika itu dan masih dapat membayangkan keletihannya menguruskan kami. Pastinya kita tidak dapat membalas kasih dan pengorbanan ibu tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjaga perasaan dan tidak melukakan hatinya. Semoga Allah mengampuni kita di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang telah mengecilkan hati ibu. Sekiranya ibu kita masih ada bersyukurlah kerana ibu akan mendoakan kita setiap hari. Insya-Allah.sekiranya ibu kita sudah tiada, doakanlah keselamatan untuknya di alam sana sebagaimana dia sering mendoakan kita ketika hayatnya.


Cinta Muka Buku - Islamic Version


Saturday, December 24, 2011

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun



Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.
Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?



Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?

Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.
Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.
Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?
Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”
Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.

Menyesal lah ketika bangun

Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?
Satu sahaja jawapannya. – Masa –
Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.
Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.
Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?
Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?
Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.
Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Penutup

Hidup ini, untuk persediaan ke sana. Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.
Allah SWT berfirman:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185)
Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.

Sumber: http://www.ukhwah.com/



10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. 10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. ~KLIK -> http://myibrah.com/10-sifat-calon-suami-yang-baik



10 Sifat Calon Suami Yang Baik

 

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sumber: http://www.soleh.net/

 

Friday, December 23, 2011

HARTA HANYALAH TITIPAN ILAHI

*** HARTA HANYALAH TITIPAN ILAHI ***

“Berimanlah kamu kepada Allâh dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allâh telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.” (QS. Al Hadiid: 7). 

Al Qurthubi berkata:

••► “Hal ini menunjukkan bahwa harta kalian bukanlah miliki kalian pada hakikatnya. Kalian hanyalah bertindak sebagai wakil atau pengganti dari pemilik harta tersebut yang sebenarnya (yaitu Allâh).

••► Oleh karena itu, manfaatkanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya untuk memanfaatkan harta tersebut di jalan yang benar sebelum harta tersebut hilang dan berpindah pada orang-orang setelah kalian. ”

Jumaat yang Indah..


SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya. ~KLIK -> http://www.harian-metro-online.com/rebut-keistimewaan-jumaat

Wednesday, December 21, 2011

MAHU RM20 BERTUBI-TUBI MASUK KE AKAUN BANK ANDA ??

Bukan jual produk, bukan cari pembeli…hanya online facebook..follow TEKNIK dberi sahaja…. Pendapatan harian..komisen 100% terus ke acc bank anda…

MAHU RM20 BERTUBI-TUBI MASUK KE AKAUN BANK ANDA ??
PROGRAM YANG TERPANTAS DAN PALING CEPAT DAPAT UNTUNG…!!
MUDAH & LUMAYAN SEKALI!!
Mahukah Anda Bekerja Secara Online Di Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
Modal RM20 SEUMUR HIDUP!!

SAYA AKAN BIMBING ANDA SEHINGGA BERJAYA, INSYAALLAH.. :)

sapa2 yg berminat nak join sila tinggalkan pesanan di page saya (http://www.facebook.com/pages/Wie-Vin-RM20-Hanya-Sesaat/156989181074554)  atau pm di facebook saya (http://www.facebook.com/profile.php?id=100003257389523) atau

jika berminat...
1) klik link ini: http://www.rm20segera.com/?r=wievin

-Pastikan upline (penaja) anda adalah saya BABYDINO, kalau keluar selain BABYDINO, sila klik semula link ni, terus scroll ke bawah dan klik DAFTAR PERCUMA RM20SEGERA
2) membuat pembayaran kepada penaja (melalui perbankan internet atau mesin atm)... hanya RM20
 

Maybank = 1601-0241-6194 (Rusjianah) 
atau 
CIMB = 1006-0035-0805-28 (
Rusjianah)

3) sms butiran kepada penaja (012-2542250)
4) tunggu akaun aktif.
5) setelah akaun aktif, boleh promosikan link anda segera


Please remove the tag if you don't wish to be tagged. :D
Sorry if any inconvenience caused. :)

Thursday, October 20, 2011

ari nie keja aku ngatok sgt pas lunch..huhu ape nk jdi ng aku nie asl je pas  makan mesti nk tido, nk tido..tp klkr la, time aku tetido kt opis kantoi ng owg CITY LINK collect parcle...huhu malunye aku time tue.
klu boss aku yg msk time tue mest hangin sebadan bos ng aku..silap2 berenti keja aku nt..karang aku plak yg tambah jumlah warga2 tanam anggur kat negara ni..hahahaha
so 4 my pewen don't kuat tido tau..nt mnyusahkn diri sdri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...