Monday, August 27, 2012

Andai aku tahu


Ya Allah...
Jadikanlah aku wanita solehah
yang baik diantara yang terbaik,
Kirimkanlah hamba seorang 
pendamping yang selalu menjunjung tinggi   
akan adanya diri-Mu ya Allah..
Amin Ya Rabbal'alamin.

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran dariku...




Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin'

Dikesempatan ini aku memohon kemaafan andai ada tersilap kata or tkasar bahasa terutama kepada my bonda yang jauh dimata ampunkn anakada bonda xdpt beraya bersama.dan xlupa kepada adk beradik, sahabat-sahabat yang aku sayangi.

Salam lebaran juga buat semua kaum muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya aidilfitri.
Terasa rindu plak nk meninggalkan bulan ramadhan al-mubarak ni, harap-harap tahun yang akan datang dapat bertemu lg di bulan yang mulia ini..

Selamat hari raya aiditlfitri, maaf zahir dan batin...

Thursday, August 16, 2012

Duhai Bonda Duhai ayahanda




Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata...

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Kesalahan diri ku...


Thursday, June 14, 2012

Tabahkah aQu...


Sejak perginya insan yang amatku sayangi, sanjungi dan hormati banyak meninggalkn kenangan yang xmgkn aku lpkan... insan nie amat  teristimewa yg Allah S.W.T anugerahkan....namun kehilanganny membuat aku  sebak dan bemulalah pelbagai ujian dan dugaan. tabahkah aku dengan ujian hidup ini ya ALLAH???

kini aku hanya perlu bnyk bsabar dan kuat  utk meneruskan perjalanan hidup yang kita xtahu apa akn berlaku terhadap diri kita pada ms akn dtg..hanya berbekalkn kesabaran, kekuatan semangat dan dorongan serta sokongan dr insan2 yg menyayangiku, aku teruskn walaupn kadang2 terpaksa berkorban utk kebaikan org lain, walaupn hati sering disakiti namun tanggungjawab tetap tanggungjawab!!!

kadang2 aku pasrah dengan kehidupanku ini, banyak sgt ujian dtg menyapa dalam hidupku setiap masa ada jer...huhu itulah aku asl ada problem jer ak slalu mengeluh, kadang2 menangis dlm hati..tabahkah aku wahai hati untuk  hari-hari yang seterusnya???


Inilah yang sering bermain dalam hidupku kini. Terkadang aku terlalu lemah untuk menghadapinya. Mahu menjerit rasanya ...nak lari jauh2 pn perna terlintas difikiran cetek ini..huhu tak tahu ke mana akan aku bawa apa yang aku bendung selama ini...seorng insan sering beri nasihat dan pandangan buat diri ini untuk terus tabah dan bangun lebih bersemangat.
Aku terus mengajar diri ini untuk tidak menyesali takdir hidup ini. Akan aku bangun sedaya mungkin ... ada rahmat disebalik apa yang tersirat. Namun aku tak cukup kuat lagi ...




Ya Allah ikhlaskanlah hatiku untuk menerima ujianMU..

Wednesday, June 6, 2012

Redhakah Aku Dengan Ujian?

Sampai bila?...persoalan yang tidak ada jawapan kerana Ujian itu rahsia Allah. mengalirlah air mata andai tidak tertahan lagi, setiap titisan itu yakinlah dengan janji-Nya. Angkat lah tanganmu, jangan berhenti mengharap, yakin dan bersangka baiklah kepada-Nya. Dia telah janjikan sesuatu buatmu, bersabarlah, bersabarlah, bersabarlah.

kadang2 rase xtertahan lagi tuk menangung rahsia hidup nie..tp apa yang boleh aku wat..Ya Allah redhakah aku atas ujian ini,,adakah aku mampu bertahan lagi..namun suara hatiku berkata bersabarlah wahai Hati, sesungguhnya semua tue ada hikmah..

mengapa mereka tak faham apa yang aku rasa??..mengapa!!!

kenapa tidak ada rasa tanggungjawab mereka terhadap diri kami??..kenapa!!!

sampai bila? dan mengapa aku???


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

"Dan janganlah kamu mengaku beriman sebebelum kamu diuji" ( Surah Al-Ankabut Ayat 2 )


Thursday, May 31, 2012

Kembalikan kepercayaan yang hilang,,,


Semua 0rang tahu, apabila kepercayaan telah hilang, mmg sukar untuk dipulihkan kembali. Inilah kemelut yg sering dialami oleh pasangan yg bercinta ataupun dan persahabatan. Apakah b0leh diletakkan semula kepercayaan kepada pasangan yg curang ataupun sahabat yang menipu, serta pelbagai perkara negatif lain lagi.

Walaupun sudah bersumpah dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi segala tabiat buruk dan berusaha menjadi yang terbaik, namun senang mendebgar janji itu�tetapi untuk menerimanya dan percaya cukup payah�
~ Sewajarnya kita memberikan peluang kepada sesiapa sahaja apatah lagi pasangan atau sahabat sendiri. Jika Allah boleh menerima taubat hambanya, siapalah kita pula untuk enggan memaafkan insane lain..dan ia haruslah kemaafan yg lahir dr hati , bukan sekadar pengakuan lisan.
~ Masa menentukan segalanya untuk menerima tetapi percayalah dan yakinlah pada diri yang anda bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesilapannya..n jangan lupa untuk berd0a agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup�hehe� jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan JANGAN DIUNGKIT lagi�
~  kepada sesiapa yang telah diberikan peluang, jangan salah gunakan peluang yang diberikan dan jangan cemarkan kepercayaan yang cuba dibina semula oleh pasangan anda. Sekali , 2 kali peluang masih boleh diberi..klu sudah 4,5 n lebih�.FAHAM2 JE LAH!

Saturday, May 26, 2012

Nasihat Jiwa Untuk Diri



Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai


Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.


Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara - suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata - kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.


Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.


Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.


Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang - kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan


Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.


Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati - hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.


Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.


Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !


Jiwaku mahu sahabat - sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.


Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia Jangan jadi hamba kepada Harta Jangan jadi hamba kepada Nafsu Jangan jadi hamba kepada Syaitan Jadilah hamba Allah yang sebenar - benarnya.


Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat - sahabatku.


p/s: pd sesiapa yang kenali diri ini, sy mohon maaf andai ada salah dan silap yang sy lakukan.

Sunday, March 25, 2012

Jika Aku Jatuh Hati




Ya Allah jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
 izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
 agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
 jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
 jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Ya Rabbal Alamin....….

Friday, March 23, 2012

Mengapa kita menangis lagi?

‎"kadang-kadangku menangis tatkala diuji, tpi bila tangis itu terhenti, baruku sedari Allah sengaja sedarkan diri ini, mungkin aku teralpa dgn sesuatu. tapi kadang kala, aku kecundang lagi. Allah berikan aku teman, aku luahkan. tenang rasanya, tetapi. Allah mengujiku lagi.. aku menangis utk kali keberapa.. terasa ingin lari dari dunia.. namun, ia takkan kemana.. harus kuhadapi ia walaupun payah.."

kata Luqman Al-Hakim :"Wahai anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dgn taqwa, isinya dgn iman dan layarnya tawakkal kepada Allah.."

~ sebenarnya ujian adlh merupakan tarbiyah bagi kita. kadangkala utk menyedarkan kita dan adakalanya utk menguji kesabaran kita.. di tahap mana kita bila ditimpa ujian..

 

Keinsafan Diri


Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

Bak lautan bergelombang,
Siang malam pagi juga petang,
Mengharapkan ketenangan,
Dari Tuhan yang Esa..

Betapa rimbunnya dosaku,
Semua terlakar di lembah usiaku,
Salah dan silap di masa yang lalu..
Kini ku sesali..

Ku tidak layak ke syurga-Mu,
Namun tak sanggup ke neraka-Mu,
Ku tunduk sujud merendah diri,
Kembali pada-Mu

Ku tetap setia,
Pada-Mu oh Tuhanku,
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Ku tetap setia...
Pada-Mu oh Tuhanku..
Akanku patuhi segala,
Suruhan-Mu..

Akanku jauhi...
Segala larangan-Mu,
Itulah tanda cinta...
Cinta Ilahi..

Di saat yang sepi ini,
Ku duduk seorang diri,
Memohon keampunan,
Dari Ilahi..

Sabar,maaf, senyum & tak mara,,,;)




Jika dengan BERSABAR mampu menjernihkan keadaan, maka bersabarlah.. Jika dengan TIDAK MARAH dapat menghulurkan sebuah kemaafan, maka janganlah marah.. Jika dengan KEMAAFAN mampu membuat tersenyum, maka maafkanlah.. Jika dengan SENYUM mampu meyakinkan ukhwah dan kasih sayang, maka senyumlah..(^^,)

Hati yang tenang dipupuk dengan jiwa yang sabar. Untuk menyemai kesabaran perlulah dibajai dengan kasih dan sayang....

Saturday, March 17, 2012

JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Saturday, March 10, 2012

~Wahai lelaki~


Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

>> Jagalah dia dgn baik,
>> Kasihanilah dia, lindungilah dia,
>> Berilah kasih syg padanya,
>> Hargailah dia,
>> Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
>> Nasihatilah dia,
>> Bawalah dia ke jalan Allah,
>> Perbetulkan kesilapannya,
>> Bersabar dengannya,
>> Terimalah & cintailah kekurangannya,
>> Jadi imam terbaik & redhalah padanya

>>> moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu <<< (^_^) ♥ ♥

Friday, March 9, 2012

Tidak mudah bagi diriku....

‎~✿>> Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS..tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN..tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..

Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi..♥♥

Wednesday, March 7, 2012

Sesekali terfikir tentang Jodoh






✿..Sesekali terfikir tentang jodoh, pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..✿

♥♥ Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥

~..manisnya IMAN, indahnya PERNANTIAN..·´`·.¸.¸¸. ♥


..jika dirimu sekarang sedang menunggu sseorang utk mjalani kehidupan menuju redha_Nya, maka bsabarlah..ALLAH swt akan menjawabnya dgn lebih indah di saat yg TEPAT.. ~

Wednesday, February 29, 2012

HatiKu


hati ini rapuh umpama kaca, andai dilukai hati ini dengan kata-kata nista..
hati ini akan retak dan susah untuk menjadi sediakala......
hati ini  putih umpama awan, andai ada orang menyakiti hati ini,
hati ini akan cuba untuk memaafkan dan hati ini xmahu menyimpan dendam...
hati ini cantik umpama pelangi, andai dihiasi sifat-sifat yang baik dan terpuji,
hati ini akan sentiasa diperbaiki agar hati ini menjadi indah.....

Saturday, February 25, 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !


Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,

Saturday, February 18, 2012

Kerinduan Yang Terpendam



“Dalam malam yang dingin.. 
Ku tatap dinding nan sepi..
Pilu menggema dalam hati.. 
Terjerumus dalam belaian mati 
yang mulai mengajakku pergi.. 

Badan terasa kaku kerana memikirkanmu.. 
Mulut tak dapat bicara jiwa-jiwa bersama dengan doa ku.. 
Agar kembali semula hati dan fikiran bersatu.. 
Untuk selalu ingat dirinya dalam fikiranku.. 

Ku jalani walau terasa sakit..
Walau dada ini terasa menghimpit.. 
Tak dapat memeluk tuk hilangkan rasa rindu.. 
Tak dapat mencium kerana di alam lain.. 

Kerinduan dan cinta ku pendam.. 
Perlahan mulai kelam.. 
Kepedihan slalu membara dihati.. 
Sampai bila ku tahan rasa ini.. 

Sukar sekali rasanya terucap… 
Hanya sehelai kertas segalanya ku curahkan..
Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan.. 
Senang sedih dan luka dihati.. 

Kerana kasih sayangmu, aku sangat bererti..” i miss ayahanda-

Saturday, January 28, 2012

Kerana Terlalu Sayang


Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.

Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?
Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.


Wednesday, January 4, 2012

nenek & orang muda (lawak)

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak 

Tuesday, January 3, 2012

”Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se’kufu’an dari sudut fikrah dan dakwah!”






Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi. Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan, ”Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se’kufu’an dari sudut fikrah dan dakwah!”


Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita. Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya. Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita: ‘I love you my servant!’
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah? Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain. Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah. Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku; ‘No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.’
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.
Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...